MONTAJ ALUMNIMADA F4

Latest News

Temui ELHAM di Jom Heboh Kelantan hari ini!

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Thursday, March 25, 2010 , under | comments (0)





Assalamualaikum wr wbt.. Kepada semua sahabat, anda di jemput hadir beramai-ramai ke karnival jom heboh bertempat di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang di khemah kerajaan negeri kelantan untuk bersama kumpulan ELHAM. hadiah istimewa mnanti anda semua..

CUKUPLAHKAN???????

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Wednesday, March 17, 2010 , under | comments (0)



post ini merupakan artikel yang dicetak semula daripada majalah PENA SMKA Naim Lilbanat...renungan buat semua...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four.Tajuknya "INTERSTATE 60".Salah satu babak yang saya ingat sangat,ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox.Dalam babak tu,Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta.Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap paip.Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek.Tengah tergocoh2 dan sibuk minta maaf tu,hp micheal terlepas dari tangan.Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek hp tu..apa lagi,menyumpah seranah la dia..

"saya harap ini x pernah terjadi.."rupanya lelaki yg membawa basikal tadi ada kuasa magic.Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana micheal masih di dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal,dia berhenti.Tiba2 Micheal keluar dari kereta.Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J.Fox.Lelaki tadi yg berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya,lalu berkata "some people just don't know what to wish for"

saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu.sesetengah orang tidak tahu apa yang patut mereka minta.bukankah hampir kita semua begitu??dalam filem tadi,Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya hpnya selamat.tp,tanpa kemalangan tu,dia pula yg terkorban...perasan x???

ini satu telefilem fiksyen.REKAAN SEMATA-MATA.tp perkara ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita.seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah-olah itulah yg terbaik buat kita.persoalannya,tahukah kita apa yang terbaik untuk kita??

adakah apa yg kita perolehi sekarang inibukan yang terbaik??adakah ALLAH itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah org nikmat manakala sesetengah lagi azab??bukankah ALLAH itu maha adil??bukankah ALLAH itu maha mengetahui??bukankah ALLAH itu maha bijaksana??jika begitu,mengapakah ada sesetengah dari kita bernasib malang manakala sesetengah lagi bernasib baik sepanjang hidup mereka???

sebenarnya,kita adalah apa yang kita minta..WE ARE WHAT WE WISH FOR..kadangkala tatkala kita berdoa,kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta.ada org berdoa minta selamat,akan tetapi ALLAH berikan dia dari sihat jatuh sakit.dari kaya jatuh miskin,dari cantik jadi huduh..macam mana tu??itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.seandainya iman kuat,insyaallah dia akan selamat di akhirat kelak..

selamat juga bukan??adakah ALLAH menolak permintaannya??bahkan allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi..apabila ALLAH menetukan sesuatu ke atas kita,percayalah itu adalah yang terbaik.hanya mata kita diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian..mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian ALLAH??'grass is always greener on the other side.'kan?kita sentiasa melihat apa yang ada pada org lain lebih baik dari apa yang kita miliki..

sedang Nabi SAW menasihatkan kita agar melihat orang yang di bawah.jgn melihat org yg lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur...

WALLAHU'ALAM....
by:nmf

FAMILAY DAY - APIM

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Tuesday, March 2, 2010 , under | comments (0)



salam...kpd sume bekas2 pelajar Maahad Darul Anuar (MADA),pihak APIM akan mengadakan hari keluarga yg pertama kali tok tahun ini...butiran2 hari keluarga tersebut, sila la rujuk di apimyik.blogspot.com..sekian,terima kasih...same2 la kite mengeratkan ukhuwah yg telah terbina..