MONTAJ ALUMNIMADA F4

Latest News
Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Thursday, December 17, 2009 , under | comments (0)



assalamualaikum...
SALAM MAAL HIJRAH 1431...
salam merdeka fasa pertame gak tok sume candidate SPM 2009..
walau pon kite dh abis SPM,tp korang sume mesti ingt..ni baru permulaan idop kite...
pas ni panjang lg perjalanan idop kite 'n' byk lg cabaran yg perlu kite sume lalui..
maybe lebih payah dr pejalanan kite lalui ketika jwb soklan2 SPM..
tok kwn2 yg dpt PLKN,jage r diri 'n' agame kalian elok2..
yg berniat tok amik STAM@STPM,buat la elok2 ek..
kpd yg sambung pelajaran ke luar negare,wat la yg terbaik 'n' jgn malukan negare kite di negare org laen...

ok..ni shje coretan sy..
sj nk amik alih tugas post jap..
lau da terkaso bahase,terguris ati..harap dpt dimaafkan..

(maaf lau gaya bhase,tulisan xtol..pesanan dari pihak penaje..hehehehee..)

MUKHAYYAM SOFWAH MUKHTARAH 2009 untuk lepasan SPM & STAM 2009

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on , under | comments (0)



MUKHAYYAM SOFWAH MUKHTARAH 2009
- khusus untuk lepasan SPM & STAM 2009 (LELAKI SAHAJA)
- bg mbka mata ttg fikrah anda sblum memasuki IPT

Tarikh : 20-22 Disember 2009
Tempat : Gelora Beach Resort Bachok
Pendaftaran : Jam 10 pagi (20 Disember)

* Sebarkan kepada yang berkenaan
* Anjuran Usrah Ustaz Nasrudin Mahmud Muhaidin, Ustaz Nik Abduh, Ustaz Nik Hamdi, Ustaz Nor Azariza, Ustaz Masri, Ustaz Zamri dan lain2 lagi..

FAIL BALADI : VIDEO RAKAMAN PROGRAM BALADI

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Tuesday, December 8, 2009 , under | comments (0)



2006









2007











2008























VIDEO TERAKHIR (2009)


BERITA TERKINI BUAT SELURUH WARGA MADA!!

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Thursday, December 3, 2009 , under | comments (0)





Salam alayk semua, semua ex-MADA.. WAJIB BUKA LINK NI, yang bukan ex-MADA pun wajib buka LINK ni -> http://theunspinners.blogspot.com/2009/12/mystery-nik-aziz-ambil-sekolah-yayasan.html dalam ni nak bagitahu, UMNO semakin terdesak.. kerana nak menjatuhkan TOK GURU NIK AZIZ.. mereka mula melibatkan kisah MADA dulu pasal Nik Omar.. TOLONG SEMUA, ana seru semua ex-MADA bangkit.. Tolong buktikan pada UMNO2 sekalian, tentang isu MADA ini sudah lama selesai dan jangan sekali melibatkan PAS dan TOK GURU dalam hal ini.. Bagang la UMNO, xtaw hal skolah kita main reka jer.. isu lama gila pla tuu...

Ya Allah makin ramai sahabat MADA yang meninggalkan kita.. ALFATIHAH UTK ATIQ HAKIMI (SPM 2007)

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Saturday, November 21, 2009 , under | comments (0)







Assalamu'alaikum warrahmatullah daripada keluarga Arwah Atiq Hakimi..
kepada smua yang bekas pelajar MADA dalahu... Sedekahkan Al-fatihah kepada sahabat kita Muhammad Atiq Hakimi bin Alwi yang kini belajar di UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSAI (USIM), NEGERI SEMBILAN, telah pulang ke rahmatullah pada 15 november 2009 pada pukul 3.45 petang akibat serangan jantung. Arwah telah pengsan ketika dalam perjalanan ke KLIA dengan membawa hajat untuk pulang ke rumahnya Kota Bharu. Jenazah arwah Atiq dibawa pulang dari Negeri Sembilan itu di bawa pulang pada malam tadi dan akan ditanamkan hari ini 16 November 2009. Siapa yang berkesemptana bolehlah ziarah arwah di rumahnya di belakang Masjid di NILAM PURI. Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan orang-orang yang sholeh. Amin


http://c1.ac-images.myspacecdn.com/images02/59/l_97a9bcce2a2641b891b61f53916d4040.jpg

http://c2.ac-images.myspacecdn.com/images02/20/l_2cba01a390f0450a8ab1edbc9ed3bb01.jpg

TAKZIAH & AL FATIHAH BUAT EX-MADA 2006 (saudari ADILAH AZEMI)

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on , under | comments (0)




Assalamu'alaikum kepada semua kaum muslimah khususnya ex-MADA. Jam 9.30 mlm 26 oktober ana menerima panggilan dari Cikgu Zaharonizal agar menerbitkan posting tentang sesiapa yang ingin mendapatkan sijil2 mereka ketika di MADA dan posting ini iaitu tentang pemergian sahabat kita pada sekitar jam 5 petang tadi, bertarikh 26 Oktober 2009. Sahabat kita bernama ADILAH AZEMI telah dikatakan kembali ke rahmatullah di HOSPITAL BESAR KOTA BHARU disyaki kerana sakit buah pinggang. Sebelum arwah pulang kerahmatullah, arwah dikatakan telah terlantar koma di hospital selama 5 hari. Arwah anak kedua dari tiga orang beradik, yang berumur 20 tahun dikatakan sedang belajar di UDM (Universiti Darul Iman). Arwah di mengambil SPM pada tahun 2006 di MADA. Arwah tinggal berdekatan Balai Polis Menanti, Pasir Mas. Sesiapa yang kenal pada arwah harap sebarkan, hanya doa buat arwah dapat kita berikan.






MAKLUMAN TERKINI MADA (26 OKTOBER 2009)

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on , under | comments (0)



1) PEKELILING YIK TENTANG URUSAN SIJIL DAN DOKUMEN KEPADA EX-MADA


PERHATIAN kepada bekas pelajar SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR yang ingin mendapatkan sijil peperiksaan, sijil ko-kurikulum dan surat keluar sekolah, sila berurusan dengan Encik Tengu Aziz (bekas kerani MADA) di bangunan Maahad Tahfiz Nikmatillah (sebelah bangunan pentadbiran MADA) . Segala urusan ini akan berakhir pada akhir tahun ini (2009) sebelum kemudiannya yang akan diserahkan kembali kepada YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK). Harapa Maklum.

- Arahan Yayasan islam Kelantan (YIK)

p/s: Sebarang pertanyaan sila hubungi Tengku Aziz di talian 016-961 2228



BLOG ALUMNIMADA FORM 4 KEMBALI AKSES!!!

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Friday, September 18, 2009 , under | comments (0)







BLOG ALUMNIMADA FORM 4 KEMBALI AKSES DENGAN BERWAJAH BARU!!

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Friday, August 7, 2009 , under | comments (0)



1_669985237l.jpg

BUAL@BICARA REMAJA (B@BR) BERSAMA ELHAM I Setiap Selasa

Selasa I Minggu Pertama

MASA

SLOT

TAJUK/PENGISIAN

CATATAN

DURASI

545-550 ptg

Pembukaan

Umum

Moderator/Panelis

5 minit

550-605

Perbincangan topik

Seronoknya Puasa

Moderator/Perantara

15 minit

605-620

Interaktif bersama audien

Seronoknya Puasa

Temubual

15 minit

620-635

Perbincangan topik

Seronoknya Puasa

Ust Nor Azariza

15 minit

635-640

Selingan persembahan

Silap mata

Sdra Firdaus

15 minit

640-650

Penutup

Umum

Moderator/Panelis

10 minit

Selasa I Minggu Kedua

MASA

SLOT

TAJUK/PENGISIAN

CATATAN

DURASI

545-550 ptg

Pembukaan

Umum

Moderator /Panelis

5 minit

550-605

Perbincangan topik

Kelebihan Ramadhan

Moderator /Perantara

15 minit

605-620

Interaktif bersama audien

Kelebihan Ramadhan

Temubual

15 minit

620-635

Perbincangan topik

Jaga Diri

PAPISMA

15 minit

635-640

Selingan persembahan

Bacaan Al Quran

Johan Qari Remaja

15 minit

640-650 ptg

Penutup

Umum

Moderator /Panelis

10 minit

Selasa I Minggu Ketiga

MASA

SLOT

TAJUK/PENGISIAN

CATATAN

DURASI

545-550 ptg

Pembukaan

Umum

Moderator/Panelis

5 minit

550-605

Perbincangan topik

Ibadah

Moderator/Perantara

15 minit

605-620

Interaktif bersama audien

Ibadah

Temubual

15 minit

620-635

Perbincangan topik

Diskusi Novel MCK

A. Ubaidillah

15 minit

635-640

Selingan persembahan



15 minit

640-650 ptg

Penutup

Umum

Moderator /Panelis

10 minit

Selasa I Minggu Keempat

MASA

SLOT

TAJUK/PENGISIAN

CATATAN

DURASI

545-550 ptg

Pembukaan

Umum

Moderator /Panelis

5 minit

550-605

Perbincangan topik

Meriahnya Syawal

Moderator /Perantara

15 minit

605-620

Interaktif bersama audien

Meriahnya Syawal

Temubual

15 minit

620-635

Perbincangan topik

Meriahnya Syawal

Ustaz Azhar Abdullah

15 minit

635-640

Selingan persembahan

Medley lagu raya

Moderator/Panelis

15 minit

640-650 ptg

Penutup

Umum

Moderator /Panelis

10 minit

SALAM UKHUWAH DARI ELHAM PRODUCTION

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Sunday, July 26, 2009 , under | comments (0)





BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayah-Nya, akhirnya Kumpulan ELHAM berjaya diwujudkan dan berjaya menghasilkan Laman webnya tersendiri. (http://www.elhamproduction.blogspot.com). Pada jumaat jam 3.00-4.00 ptg lalu (24 JULAI 2009) alhamdulillah sesi pengambaran ELHAM turut selesai bagi dimuatkan ke dalam laman ini. Sedikit lagi makluman, kumpulan ELHAM menerima tawaran dan jemputan dari seluruh pelusuk MAJLIS tanpa sebarang harga yang ditetapkan.. Ianya adalah bagi mempromosikan kumpulan ini kepada anda semua dan bagi mengumpul dana kepada kami untuk menghasilkan album pertama kami sendiri insya'allah.. Jika anda ingin menjemput kami untuk membuat persembahan di tempat anda boleh SMS ke nombor 014-5162091 (Nik Mohd Syamim a.k.a. Pengurus artis ELHAM).. Insya'allah persembahan kami yang terdekat ini adalah TALK SHOW di Qaryah Ramadhan, di sepanjang Bulan ramadhan bertempat di STADIUM MUHAMMAD IV, Kota Bharu Kelantan.. Semua di jemput hadir.. ELHAM juga merupakan anak didik kepada kumpulan Are-Buddy. Dua dari ahli kumpulan ini merupaka ex-student MADA iaitu saudara Firdaus dan Hasbi. ELHAM juga merupakan artis ke tiga bawah BALADI selepas AREBUDDY & ADVICE..

Kisah apa lagi..

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Tuesday, July 21, 2009 , under | comments (0)



Assalamualaikum wbt..
Disini timbul tanda tanya dan kekeliruan ramai ibubapa dan ex-warga MADA dan warga MADA sendiri kerana pada tandatangan Ustaz Nik Omar sudah berlaku perubahan. Dimana ada juga pihak kami terdengar bahawa beliau cuba ingin membatalkan segala pengesahan pada sijil-sijil ex-mada. Ada juga menyatakan cuba membawa penyelewengan, dan ada juga menyatakan beliau cuba membuat satu perubahan dengan menukarkan tandatangannya..

Antara perkara yang mengelirukan sebelum ini kita semua, ialah berkaitan Ustaz Nik Omar nak mengekalkan nama MADA pada sekolah baru yang ditubuhkannya itu. Dia kata MADA tidak ditutup cuma pengurusannya bertukar tangan & orang yang cakap MADA tutup tu penipu, dan hendak mengganggu usaha-usaha murninya untuk membangunkan MADA.

Tapi kalau fikir secara logik, nama MADA tu adalah nama yang didaftarkan di bawah YIK yang mengguna pakai sukatan yg ditetapkan oleh YIK. Bila sekolah itu dah keluar dari YIK & tidak lagi mengguna pakai sukatan YIK, ia tidak boleh lagi menggunakan nama MADA kerana ini boleh mengelirukan ibubapa yang nak hantar anak-anak ke sana & boleh mengakibatkan penipuan dalam pengutipan dana derma sbb sekolah baru ini bukan lagi sekolah wakaf derma rakyat dibawah bantuan kerajaan negeri kelantan tapi sekolah swasta dibawah pengurusan yayasan Al-Omari.
Namun semuanya tidak dapat terjawab dan terlerai..

PERHATIKAN TANDATANGAN USTAZ NIK OMAR SUDAH BERBEZA..






TANDATANGAN LAMA NIK OMAR :



SUMBER: http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&&th=2424871&goto=21513671#msg_21513671

BERITE TERKINI MADA

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Wednesday, June 3, 2009 , under | comments (0)



YIK.jpgLOGO+MADA+copy.gif

PERHATIAN kepada bekas pelajar SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR yang ingin mendapatkan sijil peperiksaan, sijil ko-kurikulum dan surat keluar sekolah, sila berurusan dengan Encik Tengu Aziz (bekas kerani MADA) di bangunan Maahad Tahfiz Nikatillah (sebeleh MADA) sebelum daripada September 2009. Harapa Maklum.

- Arahan Yayasan islam Kelantan (YIK)

p/s: Sebarang pertanyaan sila hubungi Tengku Aziz di talian 016-961 2228


MIM.png

Assalamu'alaikum wr wbt..
Sedikit pengemuman daripada Ubaidillah (ex-BALADI). Kepada seluruh ahli Usrah Ustaz Nik Adli dan Ustaz Nik Abduh serta Mantan exco dan ahli BALADI anda semua dijemput utk menghadirkan diri pada Majlis Ijtimai MADA, insya'allah akan di adakan pada bulan Julai ini. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.. Kepada yang bukan ahli usrah dan warga baladi tetapi warga MADA turut dijemput juga..

Tetamu kehormat: Ustaz Nik Adli dan Ustaz Nik Abduh serta Ustaz Nik Mahadi

Kenangan Kita bersama waktu ting 2 (2006)

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Saturday, May 9, 2009 , under | comments (0)



Video di bawah ni berkisarkan tentang Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah (MADA) - 2006. Anjuran Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)..Sengaja ana muatkan untuk kita sama-sama hayati cara pentarbiyahan di mada dulu Salam Ulangtahun ke 16..

**Ada dalam saru video tu Arwah Uwais Ada lagi dalam video ni~









Perhatian

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Wednesday, March 4, 2009 , under | comments (0)



kepada sesiapa yang mahu mengikuti rehlah sila maklumkan dengan segera kepada urusetia pendaftaran...Dan kepada sesiapa yang nak baju rehalah boleh order dengan segera.Harga dalam RM30 je....itu anggaran je...klu ramau yang order dapat murah lagi...buat kenangan mana tahukan...bagi tahu En.Zawawi dengan cepat..

1_665640311l.jpg

Bayaran Pendaftaran adalah sebanyak RM 35.00 Bagi bekas-bekas MADA yang ingin menyertai program ini boleh menghantar nama serta butir2 diri melalui FAX di no : 09 - 765 9848 ataupun melalui pos ke alamat:

Ustaz Che Rozu Che Husin
Kuaters Maahad Amir Indera Putera,
Beris Kubur Besar,
16050 Bachok,
Kelantan darul Naim.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ustaz Che Rozu Che Hussin (019 - 942 7151)
Cikgu Zulkifli Abdullah (012 - 929 0373)
Cikgu Zaharonizal Othman (017 - 961 9315)
Cikgu Siti Masaliny Ismail (013 - 966 7256)
Saudara Zawawi Yusof (019 - 990 0306)

MADA dan RMK-9

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Sunday, March 1, 2009 , under | comments (0)



VIDEO KORPORAT KITA...

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Saturday, February 14, 2009 , under | comments (0)



Rehlah Mahabbah ALUMNI MADA

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Sunday, February 8, 2009 , under | comments (0)



1.0 : Muqadimmah
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya serta inayah-Nya, pihak ALUMNI Maahad Darul Anuar telah mengumpulkan bekas-bekas guru serta pelajar MADA. Hubungan ini amat penting demi menjamin kesinambungan ukhuwah sesama saudara Islam

ALUMNI MADA juga telah merancang untuk mengadakan Rehlah Mahabbah yang mana ia akan mngeratkan lagi ukhuwah yang terbentuk ini.

2.0 : Objektif
2.1. - Membina ukhuwwah yang mantap di kalangan guru dan pelajar.
2.2 - Melahirkan individu-individu yang mampu berdikari serta menyesuaikan diri dengan masyarakat.
2.3 - Mendidik individu yang memahami susana serta bertindak untuk jaminan masa depan.

3.0 : Tarikh & Tempat
Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu.
Tempat : Lata Belatan, Jabi, Terengganu
Tarikh : 16 Rabiulawal 1430 hingga 18 rabiulawal 1430 bersamaan 13 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009

4.0 : Peserta
Bekas-bekas pelajar SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR

5.0 : Ahli Jawatan Kuasa

Penaung :
- Ustaz Baharudin Mohd Noor
- Ustaz Nik Hamdi Ghani

Pengarah:
- Ustaz Che Rozu Che Husin

Timb. Pengarah :
- Cikgu Zulkifli Abdullah

Setiausaha :
- Cikgu Siti Masaliny Ismail

Bendahari:
- Cikgu Rosyati Che Ibrahim

JK Pendaftaran & Perhubungan
- Ustazah Rosmalaili Abd Rahman
- Ustaz M Zulkefli M Yusof

JK Penginapan & Keselamatan
- Cikgu Zaharonizal Othman
- Cikgu Nik Sawiah Nik Ismail

JK Persegaran
- Cikgu Ramlah Omar
- Ustazah Saodah Said

JK Pengisian
- Ustaz Azman Taib
- Cikgu Aizuruza Aziz

6:0 : Tentatif Program

13 MAC 2009 (JUMAAT)
09.00 pagi : Berkumpul di perkarangan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu
09.30 pagi : Bertolak ke Lata Belatan
10.45 pagi : Tiba di tempat program
11.00 pagi : Persamian (Oleh Ustaz Baharudin Mohd Noor)
12.30 tgh : Makan tengahari & Solat Zohor
02.30 ptg : LDK 1
04.00 ptg : Rehat & Solat Asar
05.00 ptg : Riadhah
06.30 ptg : Makan Malam, Khidmat diri, Solat Maghrib & Kuliah Maghrib, Solat Isyak
09.00 mlm : LDK 2
10.30 mlm : Muhasabah
11.00 mlm : Rehat Minda

14 MAC2009 (SABTU)
05.00 pagi : Qiamullail
06.00 pagi : Solat Subuh & Kuliah Subuh
07.00 pagi : Riadhah
08.00 pagi : Khidmat Diri
08.30 pagi : Sarapan
09.00 pagi : Wacana 1 (Who are you & who am I?)
10.00 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : Wacana 2 (Peranan Pelajar Menghadapi Millinium)
12.30 tgh : Makan Tengahari, Solat Zohor
02.30 ptg : MADA dalam Kenangan
04.30 ptg : Solat Asar
05.00 ptg : Riadhah
06.30 ptg : Makan Malam. Solat Maghrib & Kuliah Maghrib, Solat Isyak
09.00 mlm : LDK 3
10.00 mlm : Resolusi
11.00 mlm : Rehat Minda

15 MAC (SABTU)
05.00 pagi : Qiamullail
06.00 pagi : Solat Subuh & Kuliah Subuh
07.30 pagi : Gotong-royong
08.00 pagi : Khdimat Diri
09.00 pagi : Sarapan
09.30 pagi : Salam Jama'i
10.00 pagi : Bertolak pulang

..............................................................................................................................

Bayaran Pendaftaran adalah sebanyak RM 35.00 sahaja.
Bagi alumni yang belajar di sekolah-sekolah yik pendaftaran hendaklah dilakukan secara terus kepada wakil sekolah masing-masing. Wakil sekolah tersebut hendaklah menyerahkan bilangan pelajar yang ingin menyertai kepada
NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF (ibn.yusuf@yahoo.com atau 013-4833532/014-5162091) sebelum 16 FEBRUARI 2009.
Manakala bagi bekas-bekas MADA yang ingin menyertai program ini boleh menghantar nama melalui FAX di no : 09 - 765 9848 ataupun melalui pos ke alamat:

Ustaz Che Rozu Che Husin
Asrama
SMU(A) Maahad Amir Indera Putera,
Beris Kubur Besar,
16050 Bachok,
Kelantan darul Naim.

Tarikh tutup pendaftaran bagi REHLAH MAHABBAH ALUMNI MADA ialah 16 Februari 2009.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ustaz Che Rozu Che Hussin (019 - 942 7151)
Cikgu Zulkifli Abdullah (012 - 929 0373)
Cikgu Zaharonizal Othman (017 - 961 9315)
Cikgu Siti Masaliny Ismail (013 - 966 7256)
Saudara Zawawi Yusof (019 - 990 0306)

Memori Majlis A'syura Perdana ALUMNI MADA

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on , under | comments (0)