MONTAJ ALUMNIMADA F4

Latest News

SALAM UKHUWAH DARI ELHAM PRODUCTION

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Sunday, July 26, 2009 , under | comments (0)





BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayah-Nya, akhirnya Kumpulan ELHAM berjaya diwujudkan dan berjaya menghasilkan Laman webnya tersendiri. (http://www.elhamproduction.blogspot.com). Pada jumaat jam 3.00-4.00 ptg lalu (24 JULAI 2009) alhamdulillah sesi pengambaran ELHAM turut selesai bagi dimuatkan ke dalam laman ini. Sedikit lagi makluman, kumpulan ELHAM menerima tawaran dan jemputan dari seluruh pelusuk MAJLIS tanpa sebarang harga yang ditetapkan.. Ianya adalah bagi mempromosikan kumpulan ini kepada anda semua dan bagi mengumpul dana kepada kami untuk menghasilkan album pertama kami sendiri insya'allah.. Jika anda ingin menjemput kami untuk membuat persembahan di tempat anda boleh SMS ke nombor 014-5162091 (Nik Mohd Syamim a.k.a. Pengurus artis ELHAM).. Insya'allah persembahan kami yang terdekat ini adalah TALK SHOW di Qaryah Ramadhan, di sepanjang Bulan ramadhan bertempat di STADIUM MUHAMMAD IV, Kota Bharu Kelantan.. Semua di jemput hadir.. ELHAM juga merupakan anak didik kepada kumpulan Are-Buddy. Dua dari ahli kumpulan ini merupaka ex-student MADA iaitu saudara Firdaus dan Hasbi. ELHAM juga merupakan artis ke tiga bawah BALADI selepas AREBUDDY & ADVICE..

Kisah apa lagi..

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Tuesday, July 21, 2009 , under | comments (0)



Assalamualaikum wbt..
Disini timbul tanda tanya dan kekeliruan ramai ibubapa dan ex-warga MADA dan warga MADA sendiri kerana pada tandatangan Ustaz Nik Omar sudah berlaku perubahan. Dimana ada juga pihak kami terdengar bahawa beliau cuba ingin membatalkan segala pengesahan pada sijil-sijil ex-mada. Ada juga menyatakan cuba membawa penyelewengan, dan ada juga menyatakan beliau cuba membuat satu perubahan dengan menukarkan tandatangannya..

Antara perkara yang mengelirukan sebelum ini kita semua, ialah berkaitan Ustaz Nik Omar nak mengekalkan nama MADA pada sekolah baru yang ditubuhkannya itu. Dia kata MADA tidak ditutup cuma pengurusannya bertukar tangan & orang yang cakap MADA tutup tu penipu, dan hendak mengganggu usaha-usaha murninya untuk membangunkan MADA.

Tapi kalau fikir secara logik, nama MADA tu adalah nama yang didaftarkan di bawah YIK yang mengguna pakai sukatan yg ditetapkan oleh YIK. Bila sekolah itu dah keluar dari YIK & tidak lagi mengguna pakai sukatan YIK, ia tidak boleh lagi menggunakan nama MADA kerana ini boleh mengelirukan ibubapa yang nak hantar anak-anak ke sana & boleh mengakibatkan penipuan dalam pengutipan dana derma sbb sekolah baru ini bukan lagi sekolah wakaf derma rakyat dibawah bantuan kerajaan negeri kelantan tapi sekolah swasta dibawah pengurusan yayasan Al-Omari.
Namun semuanya tidak dapat terjawab dan terlerai..

PERHATIKAN TANDATANGAN USTAZ NIK OMAR SUDAH BERBEZA..






TANDATANGAN LAMA NIK OMAR :



SUMBER: http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&&th=2424871&goto=21513671#msg_21513671