MONTAJ ALUMNIMADA F4

Latest News

GATHERING ALUMNI MADA FORM 4 di LATA BELATAN (LELAKI)

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Saturday, December 27, 2008 , under | comments (0)




Program Alumni Form 4 MADA Lelaki Yg Ptama - KAYAK

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on , under | comments (0)




Suasana Dewan SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) MADA 08

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on , under | comments (0)




PEKELILING

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Saturday, November 8, 2008 , under | comments (0)



Align Centre


(PENTING! TOLONG SEBARKAN) Salam Alayk wr wbt... Minta perhatian kepada seluruh warga dan terutama ALUMNI MADA. Ana selaku pengelola iCT BALADI/MADA diarahkan oleh Ustaz Nik Hamdi Bin Abdul Ghani selaku Penolong Kanan 1 MADA untuk memohon semua respon, pendapat, komen, bantahan, luahan daripada antum semua terutama ALUMNI MADA mengenai penswastaan MADA. Sila hantarkan segala , pendapat, komen, bantahan, luahan antum ke email darulanuar@yahoo.com.my untuk membantu proses selamatkan MADA. Sila sebar dan hebohkan! Harap maklum.. Tolong beri respon sepantas mungkin!

CARTA AJK

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Sunday, September 21, 2008 , under | comments (0)



PENAUNG

Ust. Baharuddin b. Mohd Noor


PENASIHAT

Ust Saiful


PENGERUSI

Mohammad Iman b. Talib


TIMBALAN PENGERUSI I

Abdul Hadi b. Abdul Satar


TIMBALAN PENGERUSI II

Ros Adlin bt Che Ibrahim


SETIAUSAHA AGUNG

Syed Izwan b. Syed Zainal


SETIAUSAHA KERJA

Mustaqimah bt Mat Zaid


BENDAHARI I

Ridwan Syawal b. Eri Erizon


BENDAHARI II

Rohany Sany


ADMINISTRATOR

Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff


Co-ADMINISTRATOR

Munirah


KETUA EJEN NEGERI & NEGARA


WILAYAH PERSEKUTUAN & SELANGOR

Muhammad Irham b. Jamaluddin

Nur Saidah bt Mohd Nasir


KEDAH

Ahmad Faris Fikri b. Abdul Mutalib


PERAK

Muhammad Naim b. Mohad Sabri

Nur Sakinah bt. Ahmad Rashid


PULAU PINANG

Ahmad Faiz b. Johari

Syarifah Nur Afifah Wafa bt Syed Danial Wafa


KELANTAN

Wan Muhammad b. Wan Ishak

Nor Fairuz bt Mat Daud


TERENGGANU

Wan Mohd Hasbi Haliq b. Wan Ahmad

Fatimatul Zahra’ bt Mat Rahim

PAHANG

Wan Mohd Zulhilmi b. Wan Yahaya


JOHOR

Ahmad Shahmi b. Mohd Nazir

Mustaqimah bt Mat Zaid


MELAKA

Abdul Hadi b. Abdul Aziz


NEGERI SEMBILAN

Wan Abdul Rahim b. Wan Ismail


SABAH & SERAWAK

Mohd Sabri Shahpiq b Khalip


CAMBODIA

Chailany Sles b. Saleh

Rohany Sany


THAILAND

Mr. Fitree Salwari b. Hasyim

Mrs. Razanee bt Dolah Darlee


INDONESIA

Mabsuth Awi b. Jamaluddin

KENANGAN

Posted by JAMAAH ALUMNI FORM 4 (2008) on Thursday, June 12, 2008 , under | comments (0)






PADA PAGI KHAMIS 12 JUN 2008, HARI NAN INDAH DI SINARI LAGI DENGAN SAMBUTAN 45 TAHUN MAAHAD DARUL ANUAR, NAMUN ANGIN YANG MENDATANG BAGAIKAN BADAI YANG MELANDA PIHAK KAMI (BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH - BALADI) KERANA PEMERGIAN SALAH SEORANG ANGGOTA KAMI, SAUDARA MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 6 PAGI TARIKH ITU.


PEMUDA KELAHIRAN MESIR DAN ANAK KEBESARAN SABAH INI TELAH BANYAK MENYUMBANG JASA DAN MENABUR BUDI KEPADA BALADI DAN SEKOLAH AMNYA, BELIAULAH ANTARA ORANG KUAT BALADI TERUTAMANYA DALAM MENUBUHKAN DA’IE JUNIOUR, MAJLIS NUQABA’, FRIENDSTER BALADI DAN WEBSITE BALADI. DAN BELIAU JUGA YANG TELAH MEBGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DAN BALADI LAGI-LAGI APABILA BELIAU MENJADI PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH KAMI DI DALAM PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR) DENGAN MEMPEROLEHI 8A.


BELIAU TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 6 PAGI SEMASA PERJALANAN MENUJU KE SEBUAH KLINIK BERDEKATAN DENGAN RUMAHNYA DI BANDAR ROMPIN, PAHANG. MULAINYA BELIAU DIKATAKAN HANYA DEMAM PANAS DAN DEMAM DENGGI BERDARAH. PADA MALAM TERAKHIRNYA BELIAU MASIH DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYA’ OLEH ALLAH SWT, DAN BELIAU DIKATAKAN TIDUR SELEPAS DARIPADA BELIAU MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYA’. BEBERAPA MINIT BERLALU ADIKNYA TERDENGAR SATU DENGGURAN YANG AMAT KUAT DAN BUNYI YANG BERBEZA DARI DENGGURAN BIASA. DIFAHAMKAN BELIAU TIDUR DI RUANG TAMU RUMAHNYA, ADIKNYA TERUS MENUJU KE ARAH BELIAU DAN MENDAPATI SAUDARA KAMI, UWAIS AL-QARNI BAHAWA KETIKA BELIAU TIDUR BELIAU BERDENGGUR DAN MENGALIRNYA DARAH MERAH DARI MULUT BELIAU MENGIKUTI ALUNAN DENGGURANNYA ITU. LANTAS, ADIKNYA TERUS MENGKHABARKAN PADA AYAHNYA. SETELAH MEMERHATI DAN MENELITI KEADAAN UWAIS AL-QARNI, AYAHNYA TELAH MENGENAL PASTI BAHAWA BELIAU SEDANG NAZAK DAN SEDANG MENGHADAPI SAKARATUL MAUT BILA MENDENGARI DENGGURANNYA ITU. LALU AYAHNYA MEMBAWANYA KE KLINIK BERDEKATAN SEKITAR RUMAHNYA DAN SESEDARNYA DALAM PERJALANAN KE KLINIK SAUDARA KAMI INI TELAH TIADA.


MENDENGARI CERITA DARI TEMAN-TEMANNYA DI SEKITAR MML DAN MADA BELIAU CUMA MENINGGAL KERANA MENGHIDAPI DEMAM PANAS DAN DEMAM DENGGI BERDARAH. TETAPI SETELAH BEDAH SIASAT DIADAKAN DI HOSPITAL, PIHAK HOSPITAL MENDAPATI PEMERGIANNYA BUKANLAH KERANA DEMAM PANAS ATAU DEMAM DENGGI BERDARAH TETAPI DIA ADA MERAHSIAKAN SESUATU PENYAKIT YANG DIA HIDAPI SEKIAN LAMA. KETIKA BEDAH SIASAT, PARU-PARUNYA TELAH BENGKAK MEMBIRU MENANDAKAN LAMANYA DIA MENAHAN PENYAKITNYA ITU. BUAT MASA INI PIHAK HOSPITAL BELUM DAPAT MENGENAL PASTI LAGI PENYAKITNYA, DAN PIHAK HOSPITAL TELAH MENGAMBIL SECEBIS TISU DARI TUBUH SAUDARA UWAIS AL QARNI UNTUK MEMBUAT PENYELIDIKAN SELANJUTNYA MENGENAI PENYAKITNYA ITU. BILA MEMERHATI PADA SIJIL KEMATIAANYA, HANYA DITULIS “MENINGGAL KERANA BENGKAK DI BAHAGIAN PARU-PARU.” JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN PADA LINGKUNGAN JAM 6.30 PETANG DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DI MUA’AZAM, PAHANG BERSEMPADAN DENGAN NEGERI JOHOR.


JADI, ATAS KEHILANGAN BESAR INI PIHAK KAMI (BALADI) MEMOHON AMPUN DAN MAAF BAGI MEWAKILI PIHAK SAUDARA KAMI, MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL KEPADA SEMUA WARGA YANG MENGENALINYA, TERUTAMANYA BUAT RAKAN-RAKANNYA DI SABAH, DI MML & MADA SENDIRI. KAMI MOHON JUA AGAR DAPAT MENGHALALKAN SEGALA MAKAN MINUMNYA.. BAGI MENGENANG DAN MEMBALASI JASA-JASA BELIAU HANYA INILAH YANG DAPAT KAMI CURAHKAN DAN TABURKAN UNTUKNYA WALAU IA TIDAK SETANDING JASA, BUDI, PERJUANGAN DAN PENGORBANANNYA ITU UNTUK KAMI...


..SAMA-SAMALAH KITA MENDERMAKAN UMUL FURQAN BUATNYA..
~MOGA ALLAH MERAHMATI DAN MENCUCURI ROHNYA ~
-AL FATIHAH-

***************************

Friday, June 13, 2008 - http://www.tsaqifblog.blogspot.com/

al-Fatihah Buat Sahabatku...

Uwais.......

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba
MuSahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati


********************

"Perhatian kepada semua pelajar MML, pada hari ahad ini akan diadakan kutipan derma kilat untuk Allahyarham Uwais al-Qarni"


aku tersentak, Allayarham??.......aku terduduk.....Allayarham Uwais al-Qarni???
betulke ni.....
Begitulah.....disaat kita selesa dengan kehidupan, tiba Allah menguji kita dengan ujan kehilangan...Uwais, terasa baru kelmarin kita berbicara......


''Dah berapa bulan tak balik?? mesti rindu kat rumahkan...??"soalku padanya....
"Rindu!! rindu sangat dah 3 bulan tak balik'' luah Uwais padaku.....


Rupa-rupanya kepulangannya ke kampung halamannya, merupakan kepulangannya yang terakhir, menemui keluarganya yang tersayang, lebih menyedihkan, dia hanya sempat bersama keluarganya hanya untuk beberapa hari....lebih mengharukan, dia sanggup berbasikal sejauh 15 KM ke Darul Anwar, sekolah lamanya untuk ziarah buat kali terakhir.....


Uwais, dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sebelum kematiannya....dia nampak ceria, sebelum peperiksaan, kami mengulang kaji bersama.....


Uwais, aku terkilan, aku tak sempat memita maaf pada kau.....Maafkan aku Uwais!!
Ya Allah kau tempatkanlah Uwais al-Qarni Bin Ismail di syurgamu, yang abadi!!! Amin.....


Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha, dan diredhai....